Berita Utama

Kisah polis jujur membanteras judi berakhir dengan kematian yang menyayat hati

Pendedahan mengenai sindiket perjudian haram di bawah sebuah kumpulan yang dikenali sebagai ‘9 Dragons’ oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak lama dulu telah mengejutkan ramai pihak.

Ia secara tidak langsung menjelaskan kepada kita persoalan mengapa pusat-pusat judi haram dan rumah-rumah pelacuran berselerak di seluruh negara gagal dibanteras sehingga kini.

Apa sahaja namanya, 9 Dragon ke 10 Dragon mahupun beribu-ribu lemon Dragons, kisah yang didedahkan oleh PPIM berkisar tentang sindiket haram tertentu yang mengawal PDRM.

Perkara ini jelas sekali serupa dengan dakwaan dalam kenyataan bersumpah oleh seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) bernama Mior Fahim Ahmad yang tersebar satu masa dahulu.

ASP Mior Fahim telah mendedahkan secara panjang lebar dan terperinci dalam akuan bersumpahnya tentang bagaimana individu-individu tertentu yang terlibat dengan aktiviti judi haram di Johor telah menjadi “tangan ghaib” mengawal PDRM.

Beliau turut mendedahkan bagaimana pegawai-pegawai tinggi dalam pasukan PDRM telah dikuasai oleh sindiket tersebut. Sampaikan pegawai polis yang baru berpindah di Johor, akan ditemubual oleh wakil sindiket itu.

Pada penghujung kenyataan bersumpah itu, Mior Fahim meluahkan rasa amat tertekan apabila tindakannya di dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram telah menyebabkan dirinya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib polis.

Enam pegawai polis dan dua individu kongsi gelap telah menandatangani akuan bersumpah mendakwa pegawai-pegawai tinggi polis, sehingga Ketua Polis Negara ketika itu mempunyai hubungan dengan sindiket dadah, judi haram, pelacuran, dan ahlong yang berpengkalan di Johor dan telah memperluaskan operasi mereka ke seluruh Malaysia.

Seorang lagi pegawai polis telah membuat laporan mendakwa keluarganya telah diculik oleh ACA bagi memaksanya menukar kenyataan, sementara ketua CCD dan peguamnya telah ditahan dan didakwa atas tuduhan-tuduhan jenayah sebagai hukuman kerana menangkap ketua kongsi gelap di bawah Ordinan Darurat.

ASP Mior Fahim kemudiannya ditemui mati lemas pada 2014 selepas dilaporkan hilang ketika mandi di air terjun Sungai Tungku, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun Gerik.

Semoga roh Allahyarham dilimpahi rahmat oleh Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!