Berita Utama

KKM cari wanita langgar arahan kuarantin untuk tindakan undang-undang

Seperti yang semua sedia maklum, pada pertengahan bulan Jun Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan individu yang baru pulang dari luar negara perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah.

Individu yang baru pulang dari luar negara ini dikehendaki memakai gelang tangan atau “wristband” selama 2 minggu atau 14 hari bagi memastikan mereka mengikut SOP yang ditetapkan dan senang untuk dipantau pergerakannya.

Bagaimanapun jika mereka didapati melanggar arahan tersebut, mereka boleh dikompaun RM1,000 dan dihadap ke mahkamah sekiranya memotong gelang terbabit.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular sekeping gambar di media sosial menunjukkan seorang wanita yang memakai gelang tersebut dikatakan melanggar arahan untuk kuarantin di rumah itu.

Gambarnya itu mula tersebar di media sosial bukan sahaja mencetuskan rasa tidak puas hati netizen tetapi turut mendapat perhatian Dr Jemilah Mahmood, Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengenai Kesihatan Awam yang berkongsikan perkara tersebut di Twitternya.

“Ianya orang seperti beliau yang meningkatkan risiko gelombang kedua (COVID-19) di negara kita,” tulisnya di Twitter.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut turut mengecam dan mempersoalkan tindakan tidak bertanggungjawab wanita tersebut.

Menyedari perkara tersebut tular di media sosial, seorang wanita yang difahamkan merupakan peniaga di premis tersebut tampil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

Melalui kiriman yang dibuat Nurul Chu Hada Karim di Facebook miliknya merujuk kepada gambar wanita tersebut menjelaskan beliau sendiri sudah mengambil tindakan mengenai perkara itu.

“Kak Nurul sendiri sudah hubungi Jabatan Kesihatan Negeri Perak untuk tanya pasal maklumat mak cik ni.

“Tapi tak boleh dedahkan katanya. Mereka masih siasat kes ini.

“Sat ni 11.23 pagi macam tu pegawai kesihatan datang cafe buat siasatan pasal kes mak cik ni.

“Alhamdulillah pegawai sah kan mak cik merayap ni tak positif cuma mereka tengah cari mak cik ni untuk tindakan undang-undang sebab langgar arahan KKM,” katanya menerusi posting itu.

Beliau dalam hantarannya itu bagaimanapun menjelaskan premis perniagaannya bebas daripada jangkitan Covid-19 dan tiada arahan penutupan diberikan kepada mereka kerana wanita tersebut dikatakan negatif Covid-19.

Bagaimanapun, walaupun sudah disahkan negatif daripada wabak tersebut, wanita itu seharusnya mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan sebelum ini.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!