Johor Bahru digemparkan dengan satu kejadian tembak yang mengorbankan seorang lelaki di Jalan Hang Lekir, Taman Industri Jaya, malam tadi.
Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat mengesahkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam.
Menurut beliau, insiden berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif serta punca kejadian.
Setakat ini, identiti mangsa dan maklumat lanjut berkaitan kejadian masih belum diperoleh.
Tinjauan di lokasi mendapati beberapa individu sedang membersihkan kaki lima premis dan pusat hiburan berkenaan, namun enggan ditemu bual media.
Terdahulu, tular beberapa keping foto dipercayai memaparkan mangsa ditembak serta kehadiran anggota polis di lokasi kejadian.
Leave a Reply