KANGAR – Seorang lelaki melecur hampir keseluruhan badan selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan sebelum terbakar di Jalan Syed Omar, di sini malam ini.
Dalam kejadian 8.49 malam itu, mangsa yang dipercayai berbangsa Cina berjaya keluar dari keretanya sebelum diselamatkan oleh orang awam.
Anggota bomba dari Balai Bomba Kangar dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal kebakaran dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 9.44 malam.
Mangsa yang melecur hampir 80 peratus telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Leave a Reply