Berita Utama

Lelaki putus tangan motosikal ditunggang terbabas

TAPAH – Seorang lelaki warga Bangladesh putus tangan kiri manakala rakan senegaranya patah kedua-dua tangan selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 348.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku ketika Md. Jasim, 37, dan Safigul Islam, 37, menunggang motosikal jenis Honda dari Slim River menghala ke Ipoh.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang kedua-dua mangsa hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan.

 

“Motosikal berkenaan kemudiannya melanggar penghadang besi jalan dan mengakibatkan Md. Jasim dan Safigul yang masing-masing penunggang dan pembonceng motosikal cedera parah.

“Md. Jasim mengalami kecederaan putus tangan kiri manakala rakannya patah di kedua-dua belah tangan. Mereka kemudian dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati punca kemalangan akibat daripada motosikal berkenaan yang hilang kawalan sebelum terbabas.

“Kenderaan terlibat ditahan bagi tujuan pemeriksaan Puspakom dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!