Blog Berita Online

Berita Utama

‘Maafkan mama sayang’ – Raungan pilu ibu hilang 3 anak sekaligus akibat kemalangan

Tiada siapa yang menyangka perjalanan empat beranak ini berakhir dengan tragedi pilu gara-gara dua buah treler yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), petang tadi.

Dalam kejadian di Kilometer 272.5 arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang itu, kereta Perodua Axia yang dipandu seorang wanita hilang kawalan lalu merempuh treler terbabit dalam keadaan hujan lebat.

Akibat rempuhan itu, ketiga-tiga anak wanita terbabit yang dikebali sebagai Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1 maut serta-merta di tempat kejadian.

Wanita yang juga ibu mangsa, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, cedera parah manakala manakala dua pemandu treler dan lori tidak mengalami kecederaan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah, punca kemalangan berpunca daripada Perodua Axia terbabas sendiri lalu melanggar belakang treler yang berada di lorong kecemasan.

Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan pada jam kira-kira 3 petang esok.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Leave a Reply