Blog Berita Online

Berita Utama

Macam Scam: SPRM beku akaun babit RM75 juta, sita 24 kenderaan mewah

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 750 akaun dengan simpanan kira-kira RM75 juta hasil aktiviti pengubahan wang haram, termasuk membabitkan selebriti.

Agensi itu juga turut menyita 24 kenderaan mewah dan motosikal berkuasa tinggi milik beberapa daripada individu yang ditahan.

Sumber SPRM berkata, mereka juga menyita kediaman mewah milik pasangan suami isteri yang ditahan Jumaat lalu dan seorang suspek lain yang ditahan bersama-sama mereka.

“Siasatan terperinci masih dijalankan ke atas enam suspek yang masih ditahan, selepas dua daripada mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM petang tadi.

“Siasatan pada masa ini tertumpu kepada wang yang dilaburkan, selain mengesan individu lain yang turut terbabit serta dibayar untuk melindungi aktiviti berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, SPRM juga mengesan pegawai agensi keselamatan yang menerima bayaran bagi melindungi kegiatan pelaburan Macau Scam dan judi atas talian yang dijalankan oleh mereka.

BH sebelum ini melaporkan, dalang utama sindiket berkenaan dipercayai rakyat China, tetapi menggunakan ejen di Malaysia untuk menguruskan ‘pelaburan’ termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform membersihkan wang hasil penipuan.

Ejen sindiket akan mendekati selebriti tanah air dan menyatakan minat melabur dalam perniagaan atau menyuntik modal untuk selebriti berkenaan memulakan perniagaan.

Jumaat lalu, seorang selebriti bersama isterinya yang juga seorang artis serta seorang usahawan kosmetik dipanggil oleh SPRM membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram.

Leave a Reply