Berita Utama

Mak ayah maut kemalangan, dua kanak-kanak yatim piatu sekelip mata

PETALING JAYA – Kecuaian ketika memandu dipercayai punca kemalangan di Jalan Saujana Impian berhampiran sebuah pasar raya di sini hari ini sehingga suami isteri maut dan dua anak mereka cedera.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, suami isteri berusia 42 dan 40 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua anak mereka dirawat di Hospital Kajang.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu van berusia 28 tahun dari arah Semenyih menghala Kuala Lumpur yang hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Kenderaan itu kemudian bertembung dengan Perodua Bezza dinaiki empat sekeluarga yang menyebabkan pemandu dan penumpang hadapan meninggal dunia manakala dua penumpang belakang cedera.

“Pemandu van terbabit kini dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zaid, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ujarnya, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!