Blog Berita Online

Berita Utama

Maut dada tertusuk besi penghadang jalan

LELAKI maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum merempuh pagar besi di Kampung Padang Luas, Jerteh, hari ini.

Mangsa, Mohd Al Hafiz Isahak, 37, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dadanya trtsuk besi pagar dalam kejadian pada 6.45 petang itu.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dari arah Pasir Puteh, Kelantan menghala ke Padang Luas dan secara tiba-tiba kenderaannya hilang kawalan sebelum terbabas serta melanggar pagar besi di sebelah kiri jalan.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di bawa ke Hospital Besut untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jertih Muhammad Tarmimi Che Musa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.49 petang sebelum lapan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dari kenderaan selepas bahagian dadanya trtsuk besi,” katanya.

Leave a Reply