Blog Berita Online

Berita Utama

Lelaki maut digilis lori gara-gara wanita buka pintu kereta secara tiba-tiba

TAIPING – Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis lori dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Taming Sari di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 1.20 tengah hari itu, mangsa, Yap Chee San, 38, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha itu sedang menghala ke arah Taman Tasik.

“Tiba di lokasi, seorang wanita berusia 52 tahun yang memandu kereta jenis Proton Wira secara tiba-tiba membuka pintu keretanya menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar pintu kereta berkenaan.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa tercampak ke tengah jalan sebelum digilis sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun yang berada di laluan sama,” katanya ketika dihubungi hari ini.- K! ONLINE

Leave a Reply