KUALA TERENGGANU – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kecewa dengan sikap orang awam yang merosakkan pokok teduhan di bahu jalan di Paya Keladi di sini.
Jabatan Korporat MBKT berkata, perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan kerosakan pada dua batang pokok beruas atau nama saintifiknya Garcinia Hambroniana.
Katanya, hasil siasatan pihak Jabatan Landskap MBKT mendapati pokok berkenaan dikikis di samping terdapat beberapa lubang yang ditebuk pada batang pokok.
“Perbuatan khianat itu menyebabkan daun pokok gugur dan kekeringan. Kebarangkalian untuk (pokok) hidup amat rendah dan ia dijangka akan mati dalam tempoh sebulan lagi.
“Satu laporan polis telah dibuat berhubung perbuatan khianat itu dan diharap perkara sama tidak berulang lagi di masa akan datang,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebook hari ini.
Setakat pukul 10 malam ini, catatan itu mendapat 258 tanda suka, 107 komen di samping 38 perkongsian.
Sehubungan itu, MBKT menyeru semua pihak agar sentiasa memelihara keindahan bandaraya ini untuk kesenangan bersama dan generasi masa hadapan. – UTUSAN ONLINE
Rosnah Sibaweh
Tak da kerja la tu…. Mari tebang pokok kt rmh ambe ni blh hok pitih seposeng dua… .kalau dapat Tangkap srh dia cuci tandas seluruh bandar terengganu… Biar serik.
Ishak Abd Wahab
Ya Allah apalah dengki kat pokok tu yg bagi bekalan O2 pada makhluq lain