Blog Berita Online

Berita Utama

Posmen maut kemalangan, isteri tunggu masa bersalin anak pertama

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dikuatkuasa di hampir seluruh Malaysia, khidmat penghantar barang seperti PosLaju masih berjalan seperti biasa.

Bagaimanapun, hari ini tular di media sosial kejadian menyayat hati apabila seorang posmen maut ketika sedang menjalankan tugasan hariannya menghantar barangan pelanggan selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.

Mangsa, Muhammad Radzi yang bertugas di POSLaju Bandar Baru Bangi, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Difahamkan, mangsa meninggalkan seorang isteri, Nur Azura Abdullah yang kini sedang sarat hamil dan hanya menanti masa untuk bersalin anak pertama.

Sementara itu di ruangan komen, netizen memenuhi ucapan takziah dan berdoa agar arwah ditempakan dalam kalangan hamba Allah SWT yang beriman.

Semoga ahli keluarga mangsa tabah dan sabar meneriman berita kehilangan ini serta diharapkan segala urusan mereka dipermudahkan.

Leave a Reply