Viral

Muka pekerja kurier ‘rabak’ diserang anjing ketika hantar barang

Viral di media sosial video seorang penghantar kurier cedera teruk dipercayai menjadi mangsa serangan anjing ketika menghantar barang di kawasan perumahan.

Menurut pengguna Tiktok bernama Asri Izham, mangsa yang juga adiknya mengalami kecederaan pada bahagian muka sebelum dikejarkan ke hospital.

Sehubungan itu, Asri meminta agar mana-mana pemilik rumah yang membela anjing supaya mengawasi haiwan peliharaan mereka kerana boleh membahayakan keselamatan orang lain.

Dia turut menasihati para rider yang menjalankan khidmat penghantaran barangan agar sentiasa berhati-hati sekiranya berdepan dengan situasi tersebut.

Sementar itu, netizen meluahkan rasa geram terhadap tuan anjing yang tidak peka dengan haiwan peliharaan masing-masing.

Mereka turut menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa dan mendoakan kesembuhannya serta dapat bekerja semula.

Walau bagaimanpun, setakat ini belum ada sebarang penjelasan tepat berkenaan insiden tersebut.

Ini kerana kenyataan yang dimaklumkan oleh pemilik akaun Tiktok itu tidak selaras dengan jawapan pemuda tersebut yang ada menyebut tentang anjing liar dalam perbualan yang dirakam itu.

Sumber: Asri_Izham

Loading...

2 Comments

  1. Tuan anjing tu mmg banggang dan bodoh sbb tak tahu nak kurung anjing dlm sangkar waktu siang hari…Saman saja pemilik anjing tu biar dia terima hukuman d atas kebodohan dia mcm anjing…

    • Feizal Dzulkernain bin Kamarulzaman

      Itulah gunanya lastik sebagai alat perlindungan diri dari diganggu atau diserang anjing..samada anjing itu di dalam kawasan rumah atau yang berkeliaran di luar.. Kalau yang bela anjing tak nak anjing kena lastik kurunglah anjing mereka dalam sangkar… Jangan suka-suka nak saman orang lastik anjing awak..Jangan susahkan orang nak cari rezeki.

Leave a Reply

error: Content is protected !!