Berita Utama

Murid Tahun 6 dinoda lima lelaki bergilir-gilir

DUNGUN – Lima lelaki termasuk remaja 16 tahun ditahan kerana disyaki merogol murid tahun enam di sini.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, semua suspek berusia 16 hingga 23 tahun itu ditahan antara jam 5 hingga 6.30 pagi semalam, susulan laporan mangsa dan dibawa ke mahkamah hari ini untuk perintah tahanan reman.

Katanya, mereka didakwa merogol mangsa berusia 12 tahun pada kira-kira 9 malam, 29 September lalu ketika mangsa menunggang motosikal untuk mengambil ibunya tidak jauh dari rumahnya.

Bagaimanapun, mangsa membuat laporan semalam.

“Dalam laporan, mangsa mendakwa ditahan dua suspek dengan seorang daripadanya dikenali dan kemudian mengajaknya ke ladang sawit.

“Mangsa yang pelik dibawa ke situ dan perlakuan suspek, cuba menghubungi seseorang untuk meminta bantuan, namun telefon bimbitnya dirampas, sebelum dirogol dua suspek itu.

“Tiga lagi rakan suspek didakwa ke tempat kejadian dan turut merogol mangsa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Dungun, hari ini.

Mangsa sudah dibawa ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan dan suspek disiasat mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!