Blog Berita Online

Berita Utama

Bekas penembak kebangsaan, Muslifah Zulkifli meninggal dunia

PETALING JAYA: Arena sukan tanah air hari ini dikejutkan dengan berita pemergian bekas penembak kebangsaan, Muslifah Zulkifli yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Muslifah, 36, dikatakan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.30 pagi tadi selepas bertarung nyawa selama 43 hari akibat jangkitan Covid-19.

Berita pemergian arwah turut dikongsi Majlis Sukan Negara (MSN) dalam media sosial mereka, sebentar tadi.

“Dimaklumkan Muslifah Zulkifli (bekas atlet menembak kebangsaan) baru saja meninggal dunia pagi ini.

“Takziah kepada keluarga beliau dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang beriman,” tulis MSN dalam Facebook.

Muslifah antara penembak yang berada lama dalam program latihan kebangsaan dan tersenarai untuk Program Podium dari 2015 hingga 2017.

Allahyarhamah memenangi pingat gangsa Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan dalam 50 meter rifle prone berpasukan wanita bersama Nur Suryani Taibi dan Ayuni Farhana Halim.

Salam takziah buat keluarga Muslifah.

Leave a Reply