Blog Berita Online

Berita Utama

Sukarelawan maut motosikal terbabas dalam perjalanan bantu mangsa banjir

HASRAT seorang pemuda untuk membantu mangsa banjir di Pelabuhan Klang tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan, Sabtu lalu.

Dalam kejadian pada 9.15 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Nazrin Al-Hafiz Samiaun, 23, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada NGO Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) Selangor untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sireh.

Keprihatinan mangsa sebagai sukarelawan banjir turut mendapat perhatian pihak UKVJ yang turut berkongsi kisah tersebut di Facebook rasmi mereka.

“Allahyarham cuba memudahkan urusan mangsa-mangsa banjir dihari hari terakhir hidupnya. Kini giliran kami pula memudahkan pengurusan terakhir untuk Allahyarham..

“Biarpun niat Allahyarham ingin membantu tidak kesampaian tetapi kami percaya, kerana niat hebat anak muda ini Allah kirimkan kami untuk membantu menguruskan jenazahnya,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Zalawati Ramli redha dengan pemergian anaknya selain berterima kasih kepada pihak UKVJ kerana membantu urusan pengebumian dari awal sehingga akhir.

“Terima kasih kepada mereka semua yang menguruskan jenazah anak saya Nazrin Al-hafiz dari mula hingga akhir.

“Hasrat ingin membantu rakan tidak kesampaian kerana Allah lebih menyayangimu anakku,” tulisnya dalam satu hantaran Facebook.

Leave a Reply