Blog Berita Online

Hiburan

‘Netizen tak payah sibuk hal keluarga saya’ – Kakak Aiman Tino

TIADA angin tiada ribut, ibu kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil meluahkan rasa terkilan terhadap sikap anaknya yang didakwa mula ‘buat hal’ hingga mengabaikan kerjaya seni.

Lebih panas apabila Hazelina atau Riena menerusi Instagram miliknya pada Isnin turut mendakwa kehidupan anaknya dikongkong seorang wanita.

Namun, Aiman telah tampil memohon maaf dan menjelaskan apa yang berlaku kepada media dan akan segera pulang ke rumah keluarga di Kuala Kubu Baru, Selangor.

Walaupun masalah antara mereka  dilihat sudah selesai, Aiman masih menampakkan dirinya kurang tenang ketika memuat naik posting terbaru di IG story, sebentar tadi.

Susulan itu, kakak penyanyi itu, Farah Hazel meminta agar netizen semua bertenang.

Dia juga berharap agar semua pihak tidak terus mengecam keluarga mereka dan tidak terlalu busy body dengan masalah yang dihadapi oleh adiknya.

Pada masa yang sama juga, Farah turut memberi peringatan supaya jangan terus menghukum keluarga mereka kerana orang di luar sana pastinya mempunyai keluarga sendiri.

Leave a Reply