Semalam, program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) melabuhkan tirainya apabila menyaksikan Aliff Aziz dinobat sebagai juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen seolah tidak berpuas hati kerana berpendapat Nikki Palikat atau Suki Low lebih layak bergelar juara.
Malah, di laman Twitter ada netizen memuat naik status kemenangan Aliff itu seolah tidak direstui serta ada mendakwa kemenangan itu sudah diramal sejak awal lagi. Tidak kurang juga ada yang mengatakan juara yang tidak direstui netizen biasanya tidak kemana.
Malam tadi, Nikki berada di tempat kedua manakala manakala Suki pula berada di tempat ketiga dimana masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM20,000 berserta trofi.
Adibah Noor menduduki tempat keempat, diikuti dengan Azan Scan berada di tangga kelima dan Aweera ditempat keenam.
Leave a Reply