Kempen Piala Malaysia 2021 melabuhkan tirainya dengan Kuala Lumpur City (KL City) berjaya merangkul kejuaraan piala berprestij itu selepas membenam Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan jaringan 2-0 dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Kejayaan tersebut menggembirakan hati seluruh penyokong KL City kerana berjaya menamatkan penantian pasukan itu selama 32 tahun selepas kali terakhir bergelar juara Piala Malaysia pada 1989.
Manakala penyokong JDT bukan sahaja balik dengan kekecewaan malah kepenatan apabila terpaksa mengharungi perjalanan jauh serta perlu bekerja esok.
Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah sebuah video yang memaparkan seorang penyokong JDT berjanji akan berjalan tanpa seurat benang sekiranya KL City berjaya menewaskan JDT dalam perlawanan tersebut.
“Kalau KL menang dengan JDT malam ni, aku bogel dari KL sampai Johor..,” ujar lelaki dalam video Tiktok itu.
Video yang kini tular di media sosial itu membuatkan netizen mahu menuntut lelaki itu supaya mengotakan janjinya.
Leave a Reply