Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasih yang menimpa Siti Nur Masitah apabila suami tersayang meninggal dunia selepas dua minggu ditidurkan akibat jangkitan Covid-19.
Difahamkan, Siti Nur Masitah dan ahli keluarganya yang lain disahkan positif virus berbahaya itu pada 17 Ogos yang lalu.
Namun, suaminya Norhisyam Ibrahim terpaksa ditidurkan pada hari yang sama kerana paras oksigen yang rendah.
Selepas dua minggu tidak sedarkan diri di ICU, Norhisyam akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 4.55 pagi tadi.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga anak yang masih kecil.
Rata-rata kenalan amat terkesan dengan pemergian arwah yang disifatkan sebagai seorang baik dan pandai menjaga hati orang lain.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Leave a Reply