Blog Berita Online

Berita Utama

Wanita maut motosikal langgar penghadang jalan, tinggal bayi usia 10 bulan

PETALING JAYA – Seorang wanita maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum terlanggar besi penghadang jalan di Kilometer 23.9 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, mangsa Nurul Hazwani Md. Isa,31, maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada kepala.

Jurucakap polis berkata, hasil siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz itu berada di lorong paling kiri jalan berkenaan.

“Berdasarkan siasatan kita, keadaan jalan basah susulan cuaca hujan dipercayai punca mangsa terbabas sebelum melanggar besi penghadang di tepi jalan.

“Mangsa maut di lokasi kejadian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurutnya lagi, saksi kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubung Pegawai Penyiasat kes, Inspektor R.Navalan di talian 014 2536 820 atau balai polis berhampiran,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, netizen meluahkan rasa pilu dengan pemergian Allahyarham. Difahamkan, Allahyarham meninggalkan suami dan seorang bayi lelaki berusia 10 bulan.

Leave a Reply