Politik

PAS parti politik paling jijik perguna Islam, kata PAN

Ketua Pemuda PAN Kelantan, Hazmi Hassan menyifatkan Pas sebagai parti politik yang hanya memperalat Islam dan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355).

Menurutnya, Pas terbukti pada masa ini mengambil sikap berdiam diri selepas menjadi sebahagian daripada kerajaan.

“Pas menggunakan RUU 33 untuk mendapat habuan dunia semata-mata. Pas menggunakan Islam dan RUU 355 ini untuk kepentingan mereka.

“Pas adalah parti politik yang paling jijik menggunakan Islam dan RUU 355 sebagai modal memecah belahkan Islam,” bidasnya menerusi saluran YouTube, Jeming Hassan.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, desakan berhubung RUU 355 pada masa ini bukanlah bermakna PAN berubah pendirian.

“Kami bukannya buat pusingan-U menyokong RUU 355. RUU 355 bukan hudud tetapi pemerkasaan hukuman sahaja,” kata Hazmi lagi.

Loading...

1 Comment

  1. rosli salem

    P4N lud4h kah4k at4s muka send1ri aja tu

Leave a Reply

error: Content is protected !!