Blog Berita Online

Berita Utama

Innalillah, pasukan media Ustaz Ebit Lew terlibat kemalangan

Pasukan media Ustaz Ebit Lew yang dala perjalanan pulang dari Pulau Pinang terlibat dalam kemalangan di Jalan Duta, malam ini.

Perkara itu dimaklumakan menerusi akaun Facebook penceramah itu sebentar tadi.

“Sedih rasa. Pohon doakan 3 orang team media kami kemalangan baru sekejap ini. Doakan selamat semuanya. Merekalah yang merakamkan untuk program Jejak Ebit Lew Astro.

“Tadi kami 4 kereta ke Penang membantu abang sekeluarga yang 8 bulan tidur dalam kereta.

“Semasa sama-sama balik ke Kuala Lumpur, betul-betul lorong kanan Touch n go lepas tol Jalan Duta, tiba-tiba ada kereta dari kiri u-turn ke kanan.

“Estima mereka cuba elak menyebabkan melanggar divider tengah jalan,” katanya.

Menurut Ustaz Ebit, semua mangsa telah dikejarkan ke hospital bagi menjalani CT scan.

Ustaz Ebit turut meminta netizen agar mendoakan pasukan medianya selamat dan baik-baik sahaja.

“Sekarang saya di Hospital Gleneagles menanti ketiga-tiga team buat CT scan.

“Doakan semuanya baik dan selamat. Doakan Teyha, Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik ajer. Sedih dengar mereka mengerang sakit,” ujarnya.

Leave a Reply