Blog Berita Online

Viral

‘Payung’ nenek dari panas terik, sikap mulia wanita ini raih pujian netizen

Seorang wanita Melayu meraih pujian orang ramai susulan tindakannya melindungi seorang warga emas berbangsa India daripada panas terik matahari ketika beratur di luar sebuah bank.

Biarpun tidak mengenali antara satu sama lain, wanita itu tidak kekok ‘memayungkan’ warga emas di hadapan menggunakan fail kepunyaannya.

Terharu dengan kasih sayang ditunjukkan, cucu kepada warga emas berkenaan, Privitha Maimaran mewakili seluruh ahli keluarganya menzahirkan ucapan terima kasih kepada wanita berkenaan.

“Bagi pihak nenek dan keluarga, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada wanita Melayu ini yang memegang fail dan melindungi nenek saya dari terik matahari ketika mereka beratur di luar bank dalam tempoh yang lama.

Sebab saya kongsikan gambar ini ialah ketika ini, masih ada orang di luar sana yang tak pernah membezakan antara individu rasis dan menghormati orang tua daripada pelbagai bangsa,” tulis Privitha di Facebook miliknya.

Rata-rata warga maya memuji wanita di dalam gambar berkenaan di samping menzahirkan rasa syukur tinggal di negara Malaysia yang aman.

Malah, ada antara mereka yang berkongsi pengalaman serupa ketika bersama individu lain yang berbeza bangsa.

Posting Privitha mendapat lebih 12 ribu tanda suka dan lebih 7.7 ribu perkongsian dalam tempoh beberapa jam sahaja.

1 Comment

  1. Muzill Matin

    This is what we called COMMON SENSE…”It is a thousand times better to have COMMON SENSE without education than to have education without COMMON SENSE”.

Leave a Reply to Cancel reply