Berita Utama

Pelampau anti-Islam Perancis ceroboh surau, bakar al-Quran

CORSICA – Sekumpulan pelampau anti-Islam menggeledah sebuah surau dan membakar naskhah al-Quran di Pulau Corsica, Perancis.

Polis berkata, pelampau merosakkan surau yang terletak di bandar Ajaccio, sehari selepas dua anggota bomba dan seorang pegawai polis cedera di sebuah kejiranan di bandar itu selepas diserang beberapa pemuda.

Penunjuk perasaan berkumpul sebagai sokongan kepada pegawai polis dan anggota bomba, tetapi keadaan bertukar ganas apabila ada antara mereka yang memecahkan pintu kaca surau berhampiran dan masuk ke tempat ibadat itu, kata pegawai serantau, Francois Lalanne.

“Dianggarkan 50 al-Quran dibuang di jalan dan beberapa lagi dibakar,” lapor AFP yang memetik Lalanne sebagai berkata.

Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls mengecam serangan itu, sambil menyifatkan ia satu pencabulan ke atas tempat ibadat orang Islam yang tidak boleh diterima. – AFP

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!