Di saat hampir seluruh media sosial meratapi pemergian penyanyi kesukaan ramai, Siti Sarah Raisuddin akibat Covid-19.
Namun, dalam kesedihan itu, ada juga individu yang kurang sensitif yang perkara yang berlaku sehingga sanggup meninggalkan komen yang kurang sopan.
Seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun @yusrilfirdaus07 meluahkan rasa kecewa terhadap apa yang dilakukan oleh individu tersebut dan menyifatkan sebagai toksik yang tidak sepatutnya berlaku.
Disaat kita sedang sedih dengan pemergian Siti Sarah, ada jugak yang toksik berdarjatkan syaitan dalam live ni😡Mana pergi commen sence?Jamban🚽? pic.twitter.com/UD4Z7gjvW1
— yusril.firdaus (@yusrilfirdaus07) August 9, 2021
Siaran langsung pengebumian arwah dijadikan tempat peminat-peminat kumpulan K-Pop berbalah sesama sendiri sehingga mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Malah, seorang individu tergamak meletakkan kesalahan terhadap Shuib menuduhnya tidak pandai merancang keluarga.
— Go Get Vaccinated Gais 🏴 (@pedoqpop) August 9, 2021
Sebenarnya lebih baik diam jika tidak ada benda baik yang nak diucapkan.
Kalau nak bercakap pun, biarlah ada batasan dan hormatilah keluarga arwah yang baru kehilangan insan tersayang.
Leave a Reply