Blog Berita Online

Viral

Penat masak tapi lauk dibuang mentua, wanita terasa hati tak dihargai

Sebumbung dengan mentua boleh menjadi hal yang sangat menakutkan khususnya buat menantu perempuan.

Mungkin sebab itu juga segelintir suami akan membawa isteri untuk tinggal dalam rumah sendiri walaupun kecil.

Bagi yang bernasib baik, ia bukanlah satu masalah besar namun hakikatnya, begitu ramai wanita menderita ditambah pula dengan kewujudan ipar duai yang tidak sebulu.

Bukan lagi sebuah kisah pelik, malahan penderitaan sama juga dirasai oleh seorang wanita ini.

Sudah menjadi takdirnya tinggal bersama mentua, dia menjadi ‘makan hati’ apabila kepenatannya memasak untuk santapan keluarga akhirnya bertukar sia-sia.

Selesai mengambil air sembahyang, dia hairan kerana periuk yang tadinya berisi lauk sayur sudah pun kosong.

Rupa-rupanya makanan tersebut sudah dibuang ke belakang rumah malah mentuanya menyuruh si anak perempuan yang ketika itu baru pulang untuk memasak hidangan lain.

Andai enggan menjamah meskipun sikit, Nana berharap lauk tersebut dibiarkan di situ, sekurang-kurangnya ia akan dimakan oleh tuan badan sendiri bagi mengelakkan pembaziran.

@deknana222selalu salah

♬ Doa Untuk Kamu – Aviwkila

Netizen nyatanya sangat memahami dilema yang dirasai wanita ini.

Ada juga yang merasa bahagia apabila duduk serumah dengan mentua. Soal makanan pula, mereka tidak kisah untuk memasak secara berasingan mengikut citarasa masing-masing.

Leave a Reply