Pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq berpendapat pendapatan hasil menjadi seorang Youtuber kebanyakkannya haram.
Menurut Abu, pekerjaan itu tidak menjamin kesenangan hidup di muka bumi ini.
“Pendapatan dari Youtuber ada halal ada haram. Namun kini banyak yang haram juga.
“Menjadi seorang Youtuber bukanlah menjamin kesenangan hidup duniawi.
“Lebih ramai Youtuber yang merana berbanding yang okey sedikit,” tulisnya di Instagram (IG).
Tegas Abu, seeloknya jauhkan diri daripada fitnah kerana di luar sana banyak kerja lain yang boleh dilakukan.
“Banyak kerja di luar sana yang memerlukan anda. Jauhi fitnah Youtuber yang jenis sering memfitnah.
“Beryoutuberlah secara halal dan tidak menyusahkan diri sendiri dan keluarga,” tulisnya lagi.
Walaubagaimanapun, Abu tidak menyatakan siapa gerangan yang ditujukan.
Leave a Reply