Blog Berita Online

Berita Utama

Tak sempat jamah makanan isteri, penjaga stor ditemui meninggal dalam tandas

SEORANG penjaga stor ditemukan meninggal dunia di dalam tandas di Stesen Janakuasa Elektrik Tenaga Nasional Berhad di Paka, Dungun malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kira-kira jam 9 malam mangsa, Abdul Raman Abu Bakar, 57, dilihat dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anggota polis bantuan Tuan Sharihairul Ami Tuan Hamzah, 37, yang ketika itu sedang mencari mangsa.

“Isteri mangsa menghubungi anggota polis bantuan yang bekerja di situ dan meminta mencari Abdul Raman, setelah mangsa tidak pulang makan tengah hari dan tidak menjawab panggilan telefon sehingga habis waktu bekerja pada jam 7 malam.

“Ketika Tuan Sharihairul Ami mencari mangsa di tandas dia mendapati satu daripada pintu tandas terkunci dan ternampak sepasang kaki terjulur keluar.

“Dia (Tuan Sharihairul Ami) kemudian menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Baharudin berkata, mangsa kemudiannya berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.

Katanya, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Leave a Reply