Blog Berita Online

Berita Utama

Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang

RAWANG – Seorang penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Taman Templer pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa seorang lelaki berusia 24 tahun itu menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dari arah Selayang menghala Rawang.

Menurutnya, kejadian yang berlaku sekitar jam 8.40 malam itu turut melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang melalui jalan sama, namun pemandunya dilaporkan terselamat.

“Ketika melalui jalan tersebut secara tiba-tiba sebatang pokok yang berada di bahu jalan telah tumbang disebabkan hujan lebat serta angin kuat lalu menghempap motosikal dan kereta yang sedang bergerak.

“Akibat kemalangan ini, penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang awam yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya.

Leave a Reply