Blog Berita Online

Viral

Pergi sekolah dibuli rakan, duduk rumah dipukul abang…’

Dek kerana kemiskinan hidup dan masalah keluarga, seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menjadi matang seperti orang dewasa walaupun umurnya baru 7 tahun.

Itulah keadaan yang dihadapi oleh Rayyan seperti yang diceritakan oleh Nadia Natasya ketika dia bersembang dengan kanak-kanak tersebut di gerai ayam goreng miliknya baru-baru ini.

Menurut Nadia, Rayyan merupakan anak keempat daripada enam beradik yang terdiri daripada 5 lelaki dan seorang perempuan.

Rayyan pernah dipukul oleh abangnya yang berusia 12 tahun dengan menggunakan penyapu sehingga meninggalkan kesan parut di dahi.

Lebih menyedihkan, kanak-kanak itu menjadi mangsa buli rakan-rakannya menyebabkan ibunya melarang dia pergi ke sekolah.

Oleh kerana bosan tinggal di rumah dan sering dipukul dengan abangnya, Rayyan sering datang ke gerai Nadia untuk membantunya menjual ayam goreng.

Memang simpati bila dengar kisah macam ni apatah lagi melibatkan kanak-kanak kecil yang baru ingin mengenali dunia, tetapi menerima dugaan sebegitu rupa. Semoga adik Rayyan tabah ya!

Sumber : Nadia Natasya

Leave a Reply