Seorang remaja lelaki dicari selepas videonya mencampakkan seekor kucing tanpa rasa belas dan kasihan, tular di media sosial.
Menurut Persatuan Haiwan Malaysia (PHM), remaja terbabit memuat naik video tersebut ke laman Tiktok demi mendapatkan tontonan dari pengikutnya.
Tindakan itu bukan sahaja tidak bermoral malah boleh menyebabkan kecederaan kepada kucing tersebut.
Disebabkan itu, pihak PHM menyeru netizen agar mencari remaja tersebut agar dia dapat dihadapkan ke muka pengadilan di atas perbuatannya yang menganiaya haiwan.
“Dia perlu ditangkap supaya menjadi pelajaran kepada warga tik tok di luar sana agar tidak mengikuti jejak budak lelaki ini memangsakan kucing sebagai medium untuk beraksi,” jelasnya.
Leave a Reply