Blog Berita Online

Berita Utama

Pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam keadaan senyum

“Wajah ayah sedang tersenyum macam dalam tidur”

Begitulah luahan Noor Janatun Aliyah apabila melihat jenazah bapanya buat kali yang terakhir, semalam.

Bapa Janatun Aliyah, Jemali Marsidi, 60, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat Covid-19, pada Jumaat.

Janatun Aliyah turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menguruskan jenazah bapanya dari awal sehingga akhir.

Wanita yang bekerja sebagai Perunding Unit Amanah itu menyifatkan arwah adalah ayah yang terbaik dan bertanggungjawab pada keluarga.

“Alhamdulillah selesai urusan ayah di dunia. Jazakumullahu khairan kathira semua yang mendoakan & membantu mempermudahkan urusan kami sekeluarga. Semoga Allah memberi ganjaran dengan sebaik-baik balasan.

“Alhamdulillah cuaca redup mengiringi perjalanan terakhir ayah. Sebelum kafan tadi pun tenang je wajah ayah sedang tersenyum macam dalam tidur. Ya Allah, kami bersyukur Kau pinjamkan ayah terbaik untuk kami.

“Moga kami terus menjadi anak-anak soleh solehah yang menjadi saham terbaik ayah di sana,” tulisnya di Facebook.

Terdahulu, arwah Jemali telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Desa Putra, Sungai Merab, Kajang.

Semoga Janatun Aliyah dan keluarga tabah menghadapi ujian ini. Al-Fatihah..

Leave a Reply