Blog Berita Online

Berita Utama

PM umum PKPB ditamatkan, berikut senarai kelonggaran yang diberi

PETALING JAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan digantikan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

Perdana menteri berkata, keputusan melaksanakan PKPP itu dibuat selepas mendapati kadar kes dalam kalangan warga tempatan semakin baik dan terdapat tren penurunan kes.

Katanya, lebih banyak kelonggaran akan diberikan, termasuk perjalanan rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun ini, kecuali di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

“Mereka yang ingin menziarahi ibu bapa berjauhan boleh berbuat demikian. Cuma nasihat saya, jaga kebersihan di tempat awam, pakai topeng dan elak tempat sesak semasa pulang ke kampung.”

Beliau berkata, aktiviti komersial bukan dalam premis dan sukan rekreasi, kecuali pertandingan dibenarkan.

“Pertandingan sukan dilarang yang melibatkan penonton ramai seperti di stadium, sukan renang dan sukan bersentuhan seperti ragbi, tinju dan hoki.”

Katanya, aktiviti pelancongan domestik turut dibenarkan, tetapi pelancongan ke luar negara masih dilarang.

Beliau berkata, sambutan Hari Raya Haji juga dibenarkan, tetapi tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!