Berita Utama

Polis minta netizen bantu kesan dua kanak-kanak hilang

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan hebahan pencarian Nur Alert bagi mengesan dua orang kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Gombak, Selangor.

Kehilangan Fatimah Azzahrah Abdullah dan Adam Daniel Abdullah yang dilaporkan kepada pihak polis pada 30 September, jam 22.07 malam.

Kedua-dua mereka kali terakhir dilihat di Rumah Bakti Darussalam dekat sini.

Ciri-ciri fizikal Fatimah Azzahrah yang berusia 11 tahun digambarkan mempunyai ketinggian kira-kira 150 sentimeter, berat badan 40 kilogram, warna kulit putih, berbadan kurus dengan bentuk mata sepet dan rambut perang sehingga ke paras bahu.

Manakala, adiknya Adam Daniel yang berusia 9 tahun, digambarkan mempunyai ketinggian kira-kira 120 sentimeter, berat badan 35 kilogram, bentuk badan sederhana, warna kulit gelap dan tidak berambut.

Orang ramai yang ada menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu diminta berhubung dengan pegawai penyiasat, Sarjan Hasrol Ismail di talian 017-5262726 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!