Usahawan kosmetik, Dato Seri Vida sekali lagi menerima kecaman netizen selepas memuat naik ‘story’ di Instagram berhubung produk terbaharunya hasil usaha sama dengan arwah Siti Sarah yang belum sempat dihebahkan kepada orang ramai.
Meskipun ia telah dipadam oleh DS Vida, namun seorang pengguna Twitter dengan nama @nefertiti4lyfe sempat merakam video tersebut sebelum memuat naik ke akaun miliknya.
KO TGK SI BODO SEKOR LAGI?!!!!! Hampa ni kena check doctor setan. Otak tercabut ke? pic.twitter.com/33JQ6oe798
— #GetVaccinated! 💉🏴 (@nefertiti4lyfe) August 10, 2021
Paparan video tersebut menyaksikan air muka DS Vida yang sayu selepas menerima berita pemergian Siti Sarah, namun dalam masa yang sama sempat memperkenalkan produk terbaharunya.
Malah, dia turut meninggalkan pesan kepada sesiapa yang ingin membelinya terus berhubung dengan nombor yang disediakan.
Sementara itu, rata-rata netizen menyelar tindakan itu kerana menganggap ia bukan waktu yang sesuai untuk mempromosikan sebarang produk meskipun ianya atas usaha sama dengan arwah sebaliknya boleh digantikan dengan masa yang lain dan lebih sesuai.
Leave a Reply