Blogger politik tanahair, Raja Petra Kamaruddin melalui satu video mendakwa portal politik berasaskan fitnah Sarawak Report telah menerima dana bernilai jutaan ringgit dalam usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Melalui blognya Malaysia Today, Raja Petra berkata, Sarawak Report telah diupah untuk memulakan serangan ke atas Muhyiddin dan PN tidak lama lagi.
“Ini sebahagian dari rancangan usul undi tidak percaya yang akan dibentang di Parlimen pada Julai nanti.
“Kebanyakan isu yang akan dimainkan adalah cerita dongeng yang akan direka. Antara isu yang dijangka dimainkan adalah isu-isu sejak beliau menjadi Menteri Besar Johor, rasuah dan isu peribadi termasuklah ‘sex life’,” katanya.
Menurutnya, Sarawak Report dijangka menerbitkan lebih 20 artikel fitnah secara bersiri bermula sekarang sehingga Julai 2020.
Leave a Reply