Tular di media sosial video seorang remaja membuli warga emas sehingga menerima kecaman dari netizen.
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik oleh seorang individu di Twitter itu memaparkan remaja terbabit menyuruh warga emas itu menaiki motosikalnya sebelum dia melakukan aksi ‘wheelie’ secara tiba-tiba.
Kepada pihak atasan please kutip budak ni, terlampau kurang ajar tahap ayah pin ! Dia permainkan orang tua macam ni . Ingat lawak ke ? Boleh buat orang tu ? Kurang didik sampai tak reti nak respect orang lain ! pic.twitter.com/ivQn6rYMmw
— ℓєє кωαиg мιи ❤️🥺 (@m1nnnt) February 14, 2021
Tindakan itu menyebabkan warga emas itu jatuh terduduk di atas tanah sambil mengerang kesakitan manakala remaja itu dan beberapa rakannya hanya mentertawakannya.
Individu berkenaan menggesa pihak berkuasa menyiasat kejadian tersebut yang disifatkan sebagai perbuatan kurang ajar.
“Kepada pihak atasan please kutip budak ni, terlampau kurang ajar tahap ayah pin! Dia permainkan orang tua macam ni. Ingat lawak ke? Boleh buat orang tu? Kurang didik sampai tak reti nak respect orang lain!,” katanya.
Sementara itu, netizen turut meluahkan rasa kesal dan marah dengan perbuatan remaja belasan tahu itu.
Netizen mahu mereka yang terlibat ditangkap dan diberikan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.
Leave a Reply