Hiburan

Remy dan Ezza sah bergelar suami isteri

Pelakon, Remy Ishak, 39, selamat bernikah dengan pasangannya, Roszaliza Yusof, 38, di Masjid Negara pada jam 1 petang, hari ini.

Remy berkata, maka bermulalah sudah perjalanan kehidupannya sebagai suami dan selain memanjatkan kesyukuran atas kelancaran majlis yang diadakan.

“Maka bermulalah perjalanan baru bagi kami sebagai pasangan suami dan isteri. Mohon doakan kebaikan dan kesejahteraan buat kami berdua,” katanya.

Pasangan pengantin dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Razman Yusof dengan Remy menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Majlis pernikahan itu diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).

Ia hanya dihadiri oleh pasangan mempelai dan wali kepada pengantin perempuan.

Pada majlis itu, busana kedua mempelai mendapat sentuhan pereka muda, Mirol Jonit.

Beberapa jam sebelum akad nikah, Remy berkongsi rasa persediaannya menerusi ciapan di Twitter. Dia juga meluahkan kekecewaan kerana beberapa ahli keluarganya tidak dapat bersama kerana situasi pandemik.

“Saya boleh lakukannya. Dah berlatih banyak kali dalam drama kot! Tolonglah.

“Yang sedihnya, semasa kakak, Erol dan Daus menikah, aku selalu ada. Kena jaga keluarga. Tapi, bila giliran aku, Covid-19 memang kejam. Allah lebih mengetahui,” ciap Remy disertakan dengan emoji kesedihan.

Sebelum ini, perancangan majlis pernikahan Remy dan Ezza sudah kali ditunda sejak Mei lalu ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Terdahulu Remy membuat pengumuman esklusif melalui satu temuramah bersama program Gempak TV di Astro Ria Saluran 104 HD mengenai tarikh pernikahannya.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!