Blog Berita Online

Berita Utama

Rentas negeri bagi tujuan akad nikah dibenarkan – Ismail Sabri

BAKAL pengantin yang mahu disatukan dan perlu merentas negeri boleh berbuat demikian dengan memohon kebenaran polis.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini bersetuju memberi kebenaran itu untuk memudahkan urusan akad nikah pasangan.

“Rupanya ramai yang nak bernikah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk ketika PKP Bersyarat (PKPB) ini dan antaranya perlu merentas negeri kerana pasangan di negeri lain.

“Jadi mesyuarat hari ini faham keperluan tersebut dan bersetuju membenarkan rentas negeri bagi urusan akad nikah dan tertakluk syarat sama perlu ada kelulusan polis.

“Juga prosedur operasi standard (SOP) sama seperti tidak boleh bersalaman, majlis tidak melebih 20 orang dan sebagainya,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Leave a Reply