Blog Berita Online

Berita Utama

Rentas negeri dibenarkan bermula 10 Jun – PM

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hari ini mengisytiharkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan dari 10 Jun hingga 31 Ogos 2020.

Sepanjang PKPP banyak kelongaran akan diberi termasuk perjalanan rentas negeri untuk pulang ke kampung.

“Perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali dikawasan PKPD. Mereka yang mahu ziarahi ibu bapa boleh berbuat demikian,” kata Muhyiddin.

Pada 10 Jun nanti genap 85 hari rakyat Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan sejak ia dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Kronologi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan:

16 Mac: Perdana Menteri mengisytiharkan PKP berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19.

18 Mac: Fasa 1 PKP mula berkuat kuasa.

25 Mac: Perdana Menteri umum pelanjutan tempoh PKP sehingga 14 April.

1 April 2020: Fasa kedua PKP bermula.

10 April 2020: Perdana Menteri mengumumkan PKP dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi iaitu dari 15 April hingga 28 April.

15 April: Fasa ketiga PKP bermula.

23 April 2020: Perdana Menteri umum PKP dilanjutkan dari 29 April hingga 12 Mei.

29 April: Fasa keempat PKP bermula.

9 Mei – Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dilanjutkan selama empat minggu sehingga 9 Jun.

7 Jun – Perdana Menteri umum perintah kawalan pergerakan pemulihan sehingga 31 Ogos.-SM

Leave a Reply