Berita Utama

Ringgit naik, pelabur tak terkesan PM letak jawatan, kata Najib

PETALING JAYA – Nilai dagangan ringgit yang berakhir tinggi semalam menunjukkan bukti pelabur tidak begitu terkesan dengan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu berkata, meskipun beberapa media melaporkan pasaran saham Malaysia menjunam teruk semalam, ia tidak begitu ketara.

“Indeks Bursa Malaysia sebenarnya tidak bergerak begitu ketara semalam. Penurunan sebanyak 2.21 mata sebenarnya lebih rendah berbanding pasaran saham negara-negara jiran,” katanya di Facebook.

Ahli Parlimen Pekan itu juga turut berkongsi pautan laporan media ‘The Edge Market’ yang bertajuk “Dagangan ringgit berakhir sedikit tinggi berbanding USD”.

Semalam, FMT melaporkan Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas menerajui negara selama hanya 17 bulan.

Dalam kenyataan, Istana Negara mengumumkan peletakan jawatan Muhyiddin selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tengah hari semalam.

Muhyiddin akhirnya tunduk kepada tekanan selepas 15 Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada beliau dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya pada 7 Julai lalu.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!