Blog Berita Online

Berita Utama

‘Saya yakin Sarah akan balik ke rumah ini’ – Shuib

DOA dan terus berdoa.

Begitulah harapan pelawak Shuib Sepahtu agar isterinya Siti Sarah yang kini sedang bertarung nyawa kembali pulih.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, dia yakin isterinya kuat mengharungi dugaan ini selepas ditidurkan sejak pagi Jumaat berikutan tahap oksigen yang rendah.

“InsyaAllah saya cukup yakin isteri saya kuat, saya cukup yakin dia akan balik ke rumah ni… anak-anak semua mendoakan dia.

“Harap Allah angkat doa kita semua, InsyaAllah Sarah akan sihat dan kita doakan juga untuk semua yang berjuang melawan Covid-19 ni.

Tambah Shuib, sepanjang mengenali isterinya, Sarah banyak memberi pengalaman yang diharungi dalam hidupnya dan mengubah dirinya.

Shuib memohon agar semua orang untuk memaafkan sekiranya Sarah pernah menyakiti mana-mana phak.

“10 tahun kenal Sarah dia lah yang mendewasakan saya dan mendoakan,

“Saya mohon maafkan segala-gala sekiranya Sarah ada menyakiti hati sesiapa dan halalkan makan minumnya agar dipermudahkan perjalanannya,” katanya.

Shuib berkata demikian sebelum majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti Sarah yang sedang bertarung melawan Covid-19 secara maya pada Jumaat malam.

Pada kira-kira pukul 5 petang Jumaat, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki selepas menjalani pembedahan selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang.

Siti Sarah dimasukan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada Rabu lalu akibat oksigen dalam badan menurun.

Dia kemudian dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada pagi Jumaat selepas kesihatannya merosot dan tidak stabil.

Leave a Reply