Blog Berita Online

Viral

Selamba biarkan anjing buang najis di taman awam

Orang ramai ditegah daripada membawa haiwan peliharaan terutama anjing ke taman-taman awam kerana perbuatan itu dikhuatiri boleh mencemar serta mengganggu pengunjung lain.

Namun, masih ada segelintir individu yang masih berdegil dan enggan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa gambar yang menunjukkan seorang wanita membawa anjing peliharaannya bersiar-siar di taman awam.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga membiarkan anjingnya membuang air sesuka hati. Malah, dia hanya membiarkan najis haiwan tersebut begitu sahaja.

Tindakan wanita berkenaan mengundang rasa tidak puas hati netizen kerana tidak sensitif dengan keadaan sekeliling.

Leave a Reply