Pemergian seorang jururawat yang bertugas di Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Melaka mengundang sebak rakan perjuangan apabila menyifatkan arwah merupakan seorang sahabat yang sejati.
Menerusi laman Facebook, pihak pengurusan hospital tersebut memberikan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Engku Shahirah Engku Razak yang meninggal dunia pada Jumaat.
“Pemergiannya merupakan kehilangan besar buat keluarga ETD Melaka kerana beliau adalah seorang petugas yang berdedikasi dan komited dalam menjalankan amanah tugasan beliau,” tulis posting tersebut.
Difahamkan, Allahyarham menderita penyakit buah pinggang menerusi komen yang dibalas oleh salah seorang rakannya.
Berita sedih itu mengejutkan ramai sahabat seperjuangan yang turut membuat dedikasi istimewa dan mendoakan supaya roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Terima kasih untuk segala memori
Allah lebih menyayangimu dik
Tenanglah di sana wahai sahabat
Leave a Reply