Berita Utama

Shafie Apdal lari guna jet selepas ramai rakyat Sabah dijangkiti Covid-19

KOTA KINABALU – Sejak malam tadi, orang ramai mula menularkan foto bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan Sabah dengan menggunakan Jet Peribadi, lapor portal Sabah News

Orang ramai turut mempersoalkan kenapa Shafie Apdal meninggalkan negeri Sabah selepas ramai rakyat telah dijangkiti wabak virus COVID-19.

Mereka juga turut meminta agar Shafie sepatutnya tampil membantu pesakit dan keluarga yang sedang dikuarantin akibat jangkitan virus tersebut.

Sudah tentu kalau pesakit mempunyai isteri dan anak, mata pencarian akan terhenti. Sedangkan punca COVID-19 di Sabah merebak disebabkan oleh Shafie dengan restu TYT yang telah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri Sabah.

Sebelum ini, 33 orang wakil rakyat telah memfailkan saman di Mahkamah ke atas Shafie Apdal dan TYT (Yang Di Pertua Negeri Sabah) untuk menghalang pilihan raya diadakan dengan alasan virus COVID-19 akan merebak tetapi Mahkamah telah menolak permohonan tersebut.

Dalam pada itu, Syihab Al-Hadi seorang penganalisis bebas politik pula berkata secara moralnya Shafie sebelum ini sebenarnya telah kehilangan majoriti di dalam DUN Sabah apabila belasan ADUN Warisan, PKR dan DAP telah mengisytiharkan keluar Parti itu.

“Sepatutnya kalau Shafie benar-benar prihatin dan memikirkan keadaan keselamatan rakyat Sabah akibat Covid-19, apa yang dia boleh lakukan adalah meletak jawatan secara terhormat bukannya membubarkan DUN.

“Peningkatan mendadak kes COVID-19 ketika ini jelas disebabkan adanya kempen pilihan raya.

“Malahan jangkitan COVID-19 di Sabah ketika ini turut telah merebak ke seluruh Semenanjung Malaysia.

“Kalau Shafie tidak bubarkan DUN rakyat Sabah akan mengingati jasa Shafie hingga ke akhir hayat mereka sebaliknya apa yang berlaku ketika ini rakyat marah dengan Shafie apabila terdengar pula berita yang menyatakan beliau tealh meninggalkan Sabah rakyat ketika ini jelas semakin marah,” katanya.

Sumber: Sabahnews

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!