Hiburan

Tahap oksigen menurun, Siti Sarah dikejarkan ke hospital

PENYANYI Siti Sarah Raissuddin yang sarat hamil tujuh bulan dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu dibawa dengan ambulan sekitar pukul 6.30 petang semalam (Rabu) bagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Perkara tersebut dimaklumkan pengurusnya. Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music.

“Sarah sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini (semalam) tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut,” kata Nana.

Sementara itu, suaminya Shuib turut memohon agar semua pihak turut mendoakan kesejahteraan isteri serta anak dalam kandungan dijauhkan daripada segala masalah.

“Assalammualaikum semua. saya mohon doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segala-galanya,”,tulis Shuib menerusi satu perkongsian video menunjukkan Sarah sedang mencium anak-anak sebelum dibawa ke hospital.

Terdahulu, Sarah dan Shuin sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu. Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. – K! ONLINE.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!