Hiburan

Siti Sarah dimasukkan ke ICU, Shuib pohon doa dari netizen

Shuib memaklumkan isterinya yang juga penyanyi, Siti Sarah telah dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras awal pagi tadi.

Menurut Shuib, ia susulan paras oksigen Sarah tidak stabil selain keadaannya yang tidak berapa baik.

Justeru, usahawan ini memohon ramai agar mendoakan kesembuhan buat Sarah serta bayi yang dikandung.

“Assalamualaikum Salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU di sebabkan oksigen yg tak berapa stabil dan keadaan dia yg tak berapa baik.

“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka.

“Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” tulisnya di Instagram.

Media sebelum ini melaporkan penyanyi lagu Manis itu sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin pada Rabu, tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan memaksanya untuk mendapatkan rawatan.

Sarah sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif virus tersebut.

Sarah yang kini sarat hamil 7 bulan telah dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun pada Rabu.

Sekadar info, pasangan selebriti ini berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!