Berita Utama

Soalan kertas 2 subjek Sejarah SPM 2020 didakwa bocor

Soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 melibatkan topik Kertas 2 subjek Sejarah didakwa bocor hari ini, kata laporan.

Menurut The Star, topik bagi soalan kertas sejarah itu didakwa tersebar di aplikasi WhatsApp sebelum calon menduduki peperiksaan subjek berkenaan jam 10 pagi tadi.

Antara topik yang dikatakan bocor membabitkan ‘Penentangan di Perak’, ‘Maritim’ dan ‘Wawasan 2020’.

Subjek Sejarah merangkumi Kertas 1 dan Kertas 2 merupakan subjek teras yang perlu diambil pelajar.

Lebih 401,000 calon mengambil peperiksaan SPM tahun ini.

Kementerian Pendidikan masih belum mengeluarkan maklum balas mengenai dakwaan dalam laporan tersebut.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!