PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menerima beberapa memorandum daripada badan bukan kerajaan (NGO), berhubung isu pemberian secara rundingan terus 101 projek perolehan kerajaan, bernilai RM6.61 bilion.
SPRM akan mendapatkan senarai 101 projek daripada Kementerian Kewangan yang dikatakan diberi secara runding terus, semasa pemerintah kerajaan terdahulu.
“Satu kajian menyeluruh akan dibuat bagi menentukan sama ada wujud unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung perkara ini.
“SPRM menggesa semua pihak untuk memberikan ruang kepada suruhanjaya ini untuk meneliti perkara berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam mendedahkan pentadbiran negara ketika diterajui PH selama 22 bulan, meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.
Tengku Zafrul menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang bertanya sama ada projek secara rundingan terus ketika pentadbiran terdahulu, ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit COVID-19 2020) di Dewan Rakyat.
Leave a Reply